Perempuan

Yang katanya perempuan itu, 
Sentiasa kuat. 
Yang katanya perempuan itu, 
Sentiasa sabar. 
Yang katanya perempuan itu,
Sentiasa gagah.

Tak usah berdrama wahai sang perempuan,
Aku tahu kau sedang terseksa.
Aku tahu kau sedang merintih kesakitan.
Aku tahu kau sedang menderita.

Kalau kau tahu, 
Seorang perempuan yang terluka masih bisa menebalkan senyuman untuk orang di sekelilingnya,
Kalau kau tahu,
Seorang perempuan yang terluka masih bisa berdiri untuk meniti hari-harinya,
Kalau kau tahu,
Seorang perempuan yang terluka menangis kecil untuk merawat hatinya,

Sudah lah perempuan,
Tak usah kau sorokkan air matamu,
Tak usah kau diamkan kesakitanmu,
Tak usah kau pendamkan perasaanmu,

Kerana kau perempuan,
Adalah seorang yang lemah dari segi semuanya.


❤️, 
Mazurain Mohd Fadzlilah

THANKS FOR READING. LIKE? THANK YOU.